Saturday, 7 April 2012


MINGGU 8 :PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

Pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian 
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian 
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
  • Pengajaran secara dalam talian adalah pengajaran yang menggunakan kemudahan internet.
  •  Maklumat-maklumat dan bahan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran akan digunakan sepenuhnya dari internet.
  • Pengajaran secara luar talian pula adalah, pengajaran yang tidak menggunakan talian internet tetapi bahan pengajaran yang digunakan adalah dari sumber internet.
  •  Bahan-bahan yang digunakan boleh dimuat turun daripada internet dan disimpan ke dalam sampul yang bersesuaian.

Untuk langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dalam talian adalah seperti berikut;

  1. Guru membawa murid-murid ke makmal komputer. Murid-murid diminta untuk mengambil tempat duduk dan seorang murid akan menggunakan sebuah komputer sahaja.
  2. Guru membuka laman sesawang http://beentiem.schools.officelive.com/interatif.aspx.                      
  3. Memilih menu (Permainan silang kata) yang dipaparkan dan menggunakan bahan tersebut untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
  4. Murid-murid diminta untuk membuat latihan-latihan seperti yang tertera dengan kawalan tetapan masa oleh guru untuk sesebuah latihan tersebut.

No comments:

Post a Comment