Sunday, 15 April 2012

Selamat Datang Ke Blog Teratak Bahasa. Blog ini dicipta untuk memenuhi keperluan tugasan BMM3105 sekaligus memberi maklumat kepada pelajar-pelajar PISMP. Jika anda ingin mendapatkan maklumat sila klik pada pautan yang berkaitan.

MINGGU 10

MGU 10 BMM3105

MINGGU 12

BMM 3105 MINGGU 12
MINGGU 14

MINGGU 13

Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa m13

MINGGU 11

minggu 11

MINGGU 9

minggu 9

MINGGU 8

pembentangan M8
MINGGU 7

MINGGU 6

minggu 6

MINGGU 5

minggu 5

MINGGU 4

minggu 4

MINGGU 3

49252150 Aplikasi Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet

MINGGU 2

minggu 2

MINGGU 1

minggu 1

MINGGU 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Seminar
Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
·                     Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
·                     Penggunaan komputer di sekolah
·                     Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
     
  
 Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

MINGGU 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM P&P BAHASA MELAYU
       
      Pengenalan
Ø  Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat :
Ø  Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
  • Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
    · Cakera sastera seperti pantun, syair     atau cerpen pendek.
TATABAHASA
    · Cakera latihan tatabahasa

PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
  • Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahati atau haba yang panas.
  • Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  • Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. gunakan alat tulis seperti marker pen
  • Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
  • Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  • Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  • Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.







MINGGU 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  •  Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek.
  •  Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan    khas.
  • Bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program

Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint
Power Points
*       Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar.
*       Powerpoint  kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah
*       Powerpoint mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala
*       menjadikan persembahan lebih interaktif.
*       Perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
*       Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja




    (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint











MINGGU 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  •        Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan.
  •        Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers).
  •        Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.
  •        Merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.


Jenis-jenis Alat pengarangan



Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
·                     docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi
  •     Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
  •   Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
  •       Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian





Friday, 13 April 2012

MINGGU 11 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Sidang video

  • (Telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  •  Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
Jenis persidangan video


Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksudpertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.

Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.



Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.
Sidang video menggunakan perisian skype:

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5