Monday, 20 February 2012

MINGGU 2 : MENGGUNAKAN INTERNET,ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHSA MELAYU




1.BAHAN AUDIO

Bahan audio dapat digunakan sebagai bahan rangsangan untuk memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antaranya dengan menggunakan bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Tujuannya adalan untuk menjadikan sesuatu p&p itu menarik dan berkesan.





2.BAHAN GRAFIK

Penggunaan grafik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menarik dan melancarkan rancangan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan beberapa perisian grafik yang mudah, guru dapat menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid – muridnya didalam bilik darjah.






3.BAHAN TEKS 

Teks merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Justeru pemilihan teks yang menarik dan mudah perkataannya penting mengikut aras dan kemampuan kognitif mereka. 


4.BAHAN VIDEO

           
Video merupakan antara bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik minat serta tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah.

Kegunaan video ialah menjadi set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk pembelajaran atau bahan rangsangan untuk percambahan idea ketika mengarang karangan ataupun bahan bacaan elektronik yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran – lembaran kerja.

Penggunaan video akan menjadi menarik dan berkesan jika disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Panduan penggunaan video – video pilihan:

1.    Video boleh digunakan sebagai pembuka sesi pengajaran dan pembelajaran
       untuk membina pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi p&p bermula.
2.   Video juga dapat diguna pakai untuk membina kemahiran lisan murid dengan         menayangkan cerita pendek yang mudah difahami oleh murid.
3.   Selain itu, menggunakan video untuk menguji kemahiran membaca murid dengan memasukkan seni kata yang boleh diujar oleh murid – murid.
4.   Menggunakan kaedah ayat bercantum atau membina ayat ataupun mengisi tempat kosong dengan memaparkan jawapan ataupun teks melalui video yang dapat dirujuk dan di tontoni oleh murid.
5.   Video juga boleh menjadi bahan rangsangan tambahan dengan melaksanakan aktiviti permainan seperti lakonan semula babak atau dialog seperti dalam video yang ditayangkan.
6.   Akhir sekali, guru dapat menggunakan video sebagai bahan penutup sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai hadiah dan pujian kepada murid setelah berjaya menamatkan sesi p&p dengan berkesan. 


No comments:

Post a Comment