MINGGU 1: PENGGUNAAN
ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Menggunakan web, video, audio, dan imej
A. Menggunakan laman web.
1.Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di
dalam kotak pencari dan kemudian klik
pada Web search.
2.Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan
kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada
internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com
Lihat contoh di bawah.
3.Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video
tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
B.Menggunakan
kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa
Melayu.
1.Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus
menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat
contoh di bawah.
2.Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik
Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
3.Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya
mengandungi perkataan “kemahiran” + “mendengar”. Ini menjadikan pilihan anda
menjadi terlalu banyak.
4.Anda boleh mengurangkan pilihan anda
dengan menggunakan tanda “ “ seperti “kemahiran mendengar”. Dengan berbuat
begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet
dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet
boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat
prosedur di bawah.
1 Alamat Internet
1.Untuk menympan bahan dengan menggunakan
alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
Lihat gambar rajah yang berikutnya.
2.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
3.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
4.Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Katalog
Alamat Internet.
Katalog
alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog
alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan
menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman
berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila
sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
|
|
URL
|
|
Sinopsis
|
|
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment